mereka menggelarkan mereka LA'ANAT

Sedikit rasa ingin melompat menunggu ketibaan hari sabtu. Bukan apa, merasa sangat teruja menunggu perlawanan diantara N9 dan Johor FC. Ketinggalan 1-0 bukan sesuatu yang membimbangkan namun harus bangkit untuk mara ke final. Ok abaikan cerita bola buat seketika.

2 hari lepas aku berada disuatu majlis pelancaran sebuah projek mega di sebuah tempat yang sangat dikenali diseleruh Malaysia. Kalau aku sebut nama tempat itu pasti sampai ke Portugal kenal pada tempat ini. Majlis pelancaran yang sangat meriah dan di hadiri oleh puluhan ribu orang. Selain untuk bersama merasai kemeriahan majlis tersebut tujuan utama kehadiran ribuan manusia kesini adalah kerana terdapat acara cabutan bertuah yang menawarkan hadiah yang agak besar nilainya. Belum lagi selesai acara cabutan bertuah sudah kedengaran desas desus yang mengatakan keputusan cabutan bertuah itu telah pun ditentukan oleh pihak-pihak tertentu. Seperti biasa sudah tentu hadiah akan diberikan pada kroni-kroni golongan besar dalam majlis tersebut. Ini hanyalah desas desus namun sumbernya adalah dari mereka yang sama-sama terlibat dalam acara itu. Orang kata jika tiada angin masakan kentut berbau. Jika benar ini berlaku maka tertipulah para pengunjung yang sanggup bersesak-sesak datang ke majlis tersebut. Sangat tidak telus (oh mereka memang terkenal degan sikap tidak telus mereka dari dulu) . Sampai bila harus bersikap begini wahai manusia sekalian dan sampai bila kamu wahai para pengunjung hendak tertipu dengan 'DRAMA KING' mereka ini. Semoga yang kuat menipu akan digulingkan dimasa akan datang. wakakaaka. Ingatlah para pengunjung dan semua, kuasa ditangan anda.


HOBEN JANG HOBEN
semoga ke final kita...moh poie bukit jalil

3 comments:

MASNIEZA SHAHIDA MUSTAPAH said...

aku mcm sgt kenal je ng negeri yg ko sebut sgt terkenal ng ketidaktelusan itu..jgn sampai mereka menjadikan aku sebagai jebat siderhaka..wakaka..

Fateh Aiman bin Samhudi Kamil said...

wakakakaka...aku rase aku xde mention name negeri or negare kt sini...ayyo

melur natasha said...

MELAKA NEGERI MAJU.HAHAHA