5 sifat "POSITIF" orang Malaysia

Setiap negara didunia ini mempunyai penduduk yang memiliki ragam dan perangai. Tidak lupa juga sifat dan jati diri. Sifat ini kebanyakannya diwarisi dan diteladani dari orang-orang disekeliling atau dari keluarga. Tidak terkecuali dengan penduduk atau masyarakat di Malaysia ini, pelbagai ragam dan sifat yang kalau kita lihat disekeliling kita, nada dan warnanya senada dan sekata. Jom kita jalan-jalan usha 5 sifat "POSITIF" masyarakat di Malaysia yang melambangkan Malaysia sebuah negara yang penuh dengan adat masyarakat timur yang sangat menitik beratkan nilai-nilai murni dan sopan santun.

  1. Bertolak ansur
Ramai rakyat di Malaysia yang memiliki sifat ini. Selalunya sifat ini jelas terserlah di jalan raya. Perhatikan saja ketika berlaku kesesakan jalanraya. Maka berduyun-duyun mereka yang memiliki sifat ini akan memotong baris dan memandu di lorong kiri tanpa memikirkan keselamatan orang lain terutamanya penunggang motosikal. Oh bukan setakat itu sahaja, kita usha pulak situasi di persimpangan berlampu isyarat. Jika sebuah ambulant datang dari arah bertentangan namun lampu isyarat dari arah ambulant itu datang merah. Pemandu kenderaan yang ada dilaluan lampu hijau selalunya secara automatik menjadi pekak dan buta dengan selamber bergerak tanpa memberi laluan pada ambulant. Jom kita usha pulak senario di stesen transit aliran ringan. Perhatikan saja setiap kali tren sampai. Maka bertolak-tolak kambing dan lembu masuk ke dalam tren tanpa memberi ruang pada individu yang mahu keluar dari tren. Sangat bertolak ansur kan!!


2. Bertimbang rasa
Ini sifat terpuji yang duduk di ranking ke 2. Selalu dapat dilihat didalam perkhidmatan pengangkutan awam. Mungkin ramai rakyat Malaysia ini bersekolah di sekolah sarkis seperti di dalam filem Pendekar Bujang Lapok. Terpampang dengan jelas tanda atau sign tempat duduk untuk golongan yang lebih memerlukan tempat duduk. Isunya apabila ada mereka yang memerlukan tempat tersebut. Kita lihat berapa ramai yang peka apabila berlaku situasi ini. Oh tidak perlu bangun dan memberikan tempat duduk pada golongan OKU kerana mereka naik secara percuma sedangkan aku membayar untuk menggunakan perkhidmatan ini. Molek betoiii perangai macam tu.


3. Suka tolong-menolong

Kerap tak kita melihat golongan buta yang ingin melintas jalan? Sekarang cari pula berapa ramai yang akan menghulurkan tangan membantu si buta untuk melintas jalan. Sangat "RAMAI" bukan. Masih ingat lagi kejadian duit syiling yang bertaburan di tengan lebuhraya PLUS? Kejadian beras yang bertaburan di utara? Siap masuk paper lagi tu beb. Ramaikan yang membantu dalam kemalangan tu. Heh~



4. Suka menjaga kebersihan.

Haa yang ni pun peel yang sangat melambangkan warna warni majmuk di Malaysia. Seronok bila lihat orang-orang yang suka menjaga kebersihan ni. Apa tidaknya jika sedang bersiar-siar sambil makan ice-cream atau minum air, habis saja ice-cream atau air terus campak bekas sisa makanan ikut suka hati. Selalunya kejadian ini berlaku ketika memandu. Tersangatlah bersih kereta mereka kerana takde 1 sampah pon dalam kereta. Sangat pembersih. Mungkin golongan ini bersandarkan tagline "cintailah kereta kita".


5. Pemalu

Haa dalam banyak-banyak sifat "POSITIF" orang kita inilah cempiyen nya. Rasanya tidak perlu nak huraikan sifat yang ini. Betapa pemalunya orang kita. Kadang-kadang tu dari atok membawa ke cucu semuanya pemalu belaka. Almaklum ler keluarga pemalu kan. Jadi kena diwariskan ke generasi akan datang.


  • entry ini tidak melibatkan sesiapa samada yang hidup atau pun yang sudah tiada. Jika ada mungkin ianya berlaku secara kebetulan.

GUIDE TO A BETTER LIFE

Personality

1. Don't compare your life to others. You have no idea what their journey is all about.

2. Don't have negative thoughts of things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment

3. Don't over do, keep your limits

4. Don't take yourself so seriously, no one else does

5. Don't waste your precious energy on gossip

6. Dream more while you are awake

7. Envy is a waste of time. You already have all you need..

8. Forget issues of the past. Don't remind your partner of his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.

9. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.

10. Make peace with your past so it won't spoil the present

11. No one is in charge of your happiness except you

12. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.

13. Smile and laugh more

14. You don't have to win every argument. Agree to disagree.


Community

15. Call your family often

16. Each day give something good to others

17. Forgive everyone for everything

18. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6

19. Try to make at least three people smile each day

20. What other people think of you is none of your business

21. Your job will not take care of you when you are sick. Your family and friends will. Stay in touch.


Life

22. Put GOD first in anything and everything that you think, say and do. This is our priority in life

23. GOD heals everything

24. Do the right things

25. However good or bad a situation is, it will change

26. No matter how you feel, get up, dress up and show up

27. The best is yet to come

28. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful

29. When you awake alive in the morning, thank GOD for it

30. If you know GOD you will always be happy. So, be happy.



GOOD THINGS ARE FOR US TO SHARE.....!!!!!!


credit to Muhammad Husaini Bin Zulkifli and Randy Pausch

RM 3000, 3 kereta dan 3 perlanggaran

pernah korang rasa 3 riban terbang celah-celah kaki korang??

Serius nikmat bila dapat rasa macam tu. Nak-nak pulak kalau dari kaki terbang terus masuk poket kite atau pon die teros terbang ke mesin cash deposit dan terus di bank in kn ke akaun kite. Wallaweh rasa suka sampai nak goyang-goyangkan lampu stadium hang jebat je rasanya.

Kejadian berlaku tengah hari tadi semasa aku menunggang Vespa Hitam Negeri Maju(moskot Melaka Maju neh) ke Maybank. Sampai ditempat kejadian aku nampak kertas beterbangan dari jauh. Mulanya ingatkan kad bisnes Ahlong a/l Ahperk yang beterabur. Tapi bila betul-betul dekat dengan kertas-kertas tu baru la aku perasan note 'limeploh hengget' yang menari-nari kat tengah-tengah jalan. Patut la banyak kereta dengan motor kt depan aku menyalakan lampu merah dibelakang. Tergerak jugak nak berhenti tapi aku tukar keputusan 2 saat lepas tu. Perjalanan diteruskan sambil kepala otak berangan kalau la bulu kaki aku ni ada gam gajah kompem aku hulur jer kaki aku sambil note-note tu melekat kat bulu kaki neh.

Pulang dari bank aku lalu balik tempat kejadian. Nak jugak tengok drama orang dok berebut kutip duit macam ending cerita 'ConAir'. Sekali sampai kt sana bukan duit yang beterabur tapi kaca dengan serpihan fiber yang besepah. Fuh seb baik aku tak melayan haloba aku nak berhenti tadi. Kalau tak kompem dengan aku skali beterabur kat sana.

p/s: kadang-kadang perasaan yang dihasut jangan diikutkan sangat kerana selalunya bende tu bikin padah.

salam takziah juga kepada sahabat lama Nor Adzlan Hamzah atas pemergian bonda tercinta lewat malam tadi. Semoga rohnya ditempatkan dalam golongan yang beriman dan dikasihi.


aduh maseh terbayang duit terbang dan terbang...wakakaka...sengal~

TM Piala Malaysia : Pro dan Contra

Salam sahabat sekalian. Seperti yang semua sedia maklum Kelantan telah pun dinobatkan sebagai juara baru Piala Malaysia 2010. Taniah diucapkan kepada skuad The Red Worrior atas kejayaan membawa pulang piala keramat ke bumi Darul Naim. Taniah juga diucapkan kepada skuad Jang kerana mempersembahkan permainan yang menarik dan cantik. Sedar atau tidak Negeri Sembilan dan Kelantan kini muncul sebagai kuasa baru bola sepak Malaysia. ok tutup cerita pasal bola. Ekceli kat sini aku nak cerita moment-moment( boleh ker bahasa omputeh ni dijadikan kate gandaan? ) menarik di Bukit Jalil pada hari Sabtu lepas. Aku masuk stadium kira-kira jam 8 malam. Keadaan sesak tak hengat sampai susah nak mencari port nak duduk. Suasana dalam stadium seperti biasa haruk pikuk dengan suara 85 000 penonton+FRU dan Polis yang penuh sesak dalam stadium. Perang sorak antara penyokong Kelantan dan Negeri Sembilan boleh bikin tebalik stadium Bukit Jalil. Cuma yang menjadi menarik bila penyokong Kelantan dan Negeri Sembilan bersama-sama bikin Mexican Wave sebanyak 5 round diikuti dengan lagu negaraku yang dinyanyikan bersama-sama. Masa tu terasa 85 000 umat kat dalam stadium tu bersatu hati dan menyokong bola sepak tempatan. Oh terlalu respect aku dengan suasana ketika itu. Aku pun malas nak menaip panjang-panjang sebab kompem-kompem korang malas nak baca. So aku letak jer point-point yang menarik ( bagi aku ) masa disana

- penyokong kelantan dan negeri sembilan enjoy dalam keadaan yang terkawal walaupun ada segelintir penyokong kelantan dan negeri sembilan yang 'bega' dan bengap masih membakar mercun dalam stadium.

-ramai antara penyokong kedua-dua pasukan mengambil gambar bersama tanda kenangan.

-respect pada penyokong kelantan yang beramai-ramai menunaikan solat berjemaah diperkarangan stadium sebelum sepak mula.

-masih ada orang-orang bodoh dari negeri sembilan dan kelantan yang diajar buang botol-botol air atas kepala orang lain.

-sangat kelakar+kechewe dihujung permainan bila ramai-ramai penyokong kelantan menjerit 'HOBIN JANG HOBIN' sambil mengiringi para penyokong negeri sembilan yang bermuke smemeh keluar stadium.

-Pasukan keselamatan terlalu tegas sehingga payah para penyokong untuk parking kereta.

apa pun bagi para penyokong kedua pasukan yang beradab anda memang sporting dan bagi yang biadap lu orang memang najis macam taik kucing. Sekali lagi taniah kepada 'SEK KITO'. apepon nismilan tetap cempiyen dihati. HOBEN JANG HOBEN. Harap-harap tahun hadapan final Piala Malaysia milik Kelantan dan Negeri Sembilan sekali lagi.


+bukti bukan orang kelantan jer bangan main mercun...orang nismilan pon samo...kesian pade adik kecil ni yang menjadi mangsa+

apa ada dengan tragedi oktober

takziah kepada keluarga mangsa kemalangan bas ekspress Delima semalam...satu tragedi oktober yang sungguh menyedihkan dan sungguh dahsyat...bila melihat kepingan gambar yang dikongsi seorang teman laman sosial muka buku, urgh "ngeri tak hengat"...kemalangan bas ekspress di malaysia ini bukanlah satu cerita baru kerana banyak nyawa yang telah melayang akibat kemalangan bas ekspress yang kebanyakannya berpunca daripada sikap cuai pemandu...bila terbaca cerita-cerita ini di akhbar secara automatiknya membuak rasa panas didalam hati...tapi bila difikirkan kembali siapalah kita untuk mempersoalkan ketentuan takdir...mungkin kita boleh mempersoalkan attitude para pemandu di malaysia tapi harus di ingat segala yang berlaku tetap akan berlaku dengan kehendak-NYA...segala usaha semua pihak untuk membendung kejadian-kejadian seperti ini berlaku haruslah dipuji namun segala ketentuan takdir harus diterima dengan hati yang terbuka...ini bukan menghalalkan para pemandu untuk sewenang-wenang memBABI buta di jalanraya kerana yang bersalah tetap akan dihukum...tulisan ini hanyalah apa yang terlintas difikiran saat ini dan bukan cuba memihak kepada sesiapa...sekali lagi takziah kepada keluarga mangsa...semoga kejadian ini menjadi ikhtibar kepada semua dan semoga mangsa yang cedera beransur pulih...AL FATIHAH

penipuan yang paling berjaya

salam kawan
just nk share ape yg aku jumpe dari profil pesbuk seorang sahabat (tekan mouse korg kt sini)
sedikit info tentang apa yang telah kita pelajari satu ketika dahulu
semoga ia mampu membuka minda kalian untuk melihat realiti yang berada disekeliling kita

input=lemang ketupat rendang, output=merapu

Salam Aidilfitri pada semua. Lebaran yang agak meriah untuk tahun ni. Jadual beraya yang padat menyebabkan perut semakin sendat, tapi aku agak tak faham kenapa susah sangat nak montelkan badan sendiri. Orang lain senang senang jer boleh bulat macam belon dengan 3 4 kali suap. wakakakaka jangan fikir aku tak baca bismillah walaupon kadang kadang memang terlupa sebab hidangan depan mata yang sangat slrrrrrpppp!!! begoncang jiwa bila dipandang, apatah lagi kalau aku try shoot bau die 1 kali. Semalam sempat juga curi masa beraya di sekitar Selangor dan KL. huh!! macam biasa bila masuk KL. Nasib baik kepala lutut aku ni masih tip top, kalau x konpem vibrate nak melayan trafik KL. Beraya sambil melepak dengan dengan sakai sakai ipoh memang syok, cume malam tadi aku tepaksa merelakan diri dibahan. wakakakaka cilakak punye kutu. Sampai tengah malam gua kene hantam. Terfikir pula apa yang dilontarkan korang semua. Betul ker aku da berubah bila sudah ada chenta!!! wakakakaka. Aku yakin tidak sama sekali. Cuma sekarang kena tambah kolum komitmen dalam sistem 24jam aku. erm kurang dari 2 hari aku akan kembali merempat di bumi Melaka. bosan bosan!!! sekarang terasa sangat hebat dugaan bergelar highlander...wakakakaka

Dag Dip Dup

Esok bakal menentukan sang Juara 09/10
antare chelsea dan Man u
sudah tentu sokongan padu akan ku berikan utk da bLues techenta
pasti dapat mengubat kekecewaan kekalahan n9 sebentar tdi
come on drOgba...kasik koyak e2 jaring

Sejam yang penoh keinsafan

semalam aku diarah kn membuat kerja di Penjara Banda Hilir Melaka
perasaan sangat teruje sebab dapat masuk sane
bukan senang nak berade kat tempat macam tu
paling senang pon tikam orang atau ragut beg tangan orang
sampai di depan pintu masuk penjare perasaan teruje tu betambah la lagi
masuk pintu besi yang pertama kami melapor diri di bahagian pengawal penjara
pengawal mengarahkan segala barang larangan masuk(wallet,henpon,duit,narkotik,tembakau,kemere,pisau) di simpan didalam loker yang disediakan
lebey kurang setengah jam menunggu,pintu besi setebal 5 inci dibuka dan kami dibenarkan masuk
suasane muram dan sunyi dapat aku rase bile berade kat dalam tu
sekali lagi kami diminta melapor dibahagian kawalan dalam penjara
selepas itu 1 lagi pintu besi dibuka dan masuk lah kami kedalam sane
kami yang diiringi oleh pengawal penjara,berjalan melalui bilik melawat banduan
wah memang same macam dalam tv la
baru 5 minit aku kat dalam sane tapi aku da mule rase rimas
keadaan yang terperap dengan tembok tinggi
panas plak tu...xde angin langsung
rase teruje yang aku rase mule mule tadi hilang teros
setel keje ktorg kt dalam sane,dengan pantas ktorg kemas barang dan keluar
sebelom keluar aku sempat tengok papan info bagi banduan yang akan diberikan parol
paling awal yang akan mendapat parol ialah pade bulan 11 ni
macam mane la rasenye ek nak tunggu bulan 11 ni
aku kat dalam tu lebey kurang sejam pon da nak pitam rasenye
keluar jer dari penjare tu aku rase 1 kelegaan dan rase bebas sebebasnye
1 pengalaman yang sangat menarik tapi penuh rase seram
jadi pada kalian semue jage lah diri sebaik mungkin
aku jamin kalau sesape masuk sane pasti akan sasau
biarlah kite kopak bayar bil makan kite dari makan free kat dalam sane
bersyukur dan hargailah kebebasan kalian semue

Anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA 2009




Seperti yang dijangka Anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA 2009 dimenangi oleh pemain Argentina dan Barcelona, Lionel Messi. Anugerah ini disampaikan oleh Presiden UEFA dan juga bekas pemain Perancis, Michel Platini. Pemain yang berusia 22 tahun ini memperolehi 1073 hasil dari undian jurulatih kebangsaan dan ketua pasukan dari 147 negara. Secara peribadi bagi aku, Messi mempamerkan aksi yang sungguh hebat dalam membantu pasukan Barcelona memenangi 4 piala, Liga Juara-Juara, Piala Kelab Dunia, Liga Sepanyol dan Piala Raja-Raja Sepanyol. Dribble yang menakjubkan, hantaran bola yang kemas dan tepat serta penyudah yang tajam menjadi aset pemain yang menyertai pasukan Barcelona sejak berusia 13 tahun pada tahun 2000. Walaupon aksi Messi bersama pasukan Argentina ketika kelayakan Piala Dunia zon Amerika Selatan agak hambar, namun bagi aku die tetap membuktikan kesungguhan n bekerja keras sehingga membantu Argentina layak ke pusingan akhir Piala Dunia di Afrika Selatan nanti. Pemain yang bertubuh kecil ni bagi aku mempunyai karisma yang sangat besar dan mampu mengucar kacirkan setiap pertahanan pasukan yang ditemui. Hope kite semua terutame peminat bola sepak dapat menyaksikan keajaiban pemain ini di Afrika Selatan nanti.