Setiap negara didunia ini mempunyai penduduk yang memiliki ragam dan perangai. Tidak lupa juga sifat dan jati diri. Sifat ini kebanyakannya diwarisi dan diteladani dari orang-orang disekeliling atau dari keluarga. Tidak terkecuali dengan penduduk atau masyarakat di Malaysia ini, pelbagai ragam dan sifat yang kalau kita lihat disekeliling kita, nada dan warnanya senada dan sekata. Jom kita jalan-jalan usha 5 sifat "POSITIF" masyarakat di Malaysia yang melambangkan Malaysia sebuah negara yang penuh dengan adat masyarakat timur yang sangat menitik beratkan nilai-nilai murni dan sopan santun.
- Bertolak ansur
Ramai rakyat di Malaysia yang memiliki sifat ini. Selalunya sifat ini jelas terserlah di jalan raya. Perhatikan saja ketika berlaku kesesakan jalanraya. Maka berduyun-duyun mereka yang memiliki sifat ini akan memotong baris dan memandu di lorong kiri tanpa memikirkan keselamatan orang lain terutamanya penunggang motosikal. Oh bukan setakat itu sahaja, kita usha pulak situasi di persimpangan berlampu isyarat. Jika sebuah ambulant datang dari arah bertentangan namun lampu isyarat dari arah ambulant itu datang merah. Pemandu kenderaan yang ada dilaluan lampu hijau selalunya secara automatik menjadi pekak dan buta dengan selamber bergerak tanpa memberi laluan pada ambulant. Jom kita usha pulak senario di stesen transit aliran ringan. Perhatikan saja setiap kali tren sampai. Maka bertolak-tolak kambing dan lembu masuk ke dalam tren tanpa memberi ruang pada individu yang mahu keluar dari tren. Sangat bertolak ansur kan!!
2. Bertimbang rasa
Ini sifat terpuji yang duduk di ranking ke 2. Selalu dapat dilihat didalam perkhidmatan pengangkutan awam. Mungkin ramai rakyat Malaysia ini bersekolah di sekolah sarkis seperti di dalam filem Pendekar Bujang Lapok. Terpampang dengan jelas tanda atau sign tempat duduk untuk golongan yang lebih memerlukan tempat duduk. Isunya apabila ada mereka yang memerlukan tempat tersebut. Kita lihat berapa ramai yang peka apabila berlaku situasi ini. Oh tidak perlu bangun dan memberikan tempat duduk pada golongan OKU kerana mereka naik secara percuma sedangkan aku membayar untuk menggunakan perkhidmatan ini. Molek betoiii perangai macam tu.
3. Suka tolong-menolong
Kerap tak kita melihat golongan buta yang ingin melintas jalan? Sekarang cari pula berapa ramai yang akan menghulurkan tangan membantu si buta untuk melintas jalan. Sangat "RAMAI" bukan. Masih ingat lagi kejadian duit syiling yang bertaburan di tengan lebuhraya PLUS? Kejadian beras yang bertaburan di utara? Siap masuk paper lagi tu beb. Ramaikan yang membantu dalam kemalangan tu. Heh~
4. Suka menjaga kebersihan.
Haa yang ni pun peel yang sangat melambangkan warna warni majmuk di Malaysia. Seronok bila lihat orang-orang yang suka menjaga kebersihan ni. Apa tidaknya jika sedang bersiar-siar sambil makan ice-cream atau minum air, habis saja ice-cream atau air terus campak bekas sisa makanan ikut suka hati. Selalunya kejadian ini berlaku ketika memandu. Tersangatlah bersih kereta mereka kerana takde 1 sampah pon dalam kereta. Sangat pembersih. Mungkin golongan ini bersandarkan tagline "cintailah kereta kita".
5. Pemalu
Haa dalam banyak-banyak sifat "POSITIF" orang kita inilah cempiyen nya. Rasanya tidak perlu nak huraikan sifat yang ini. Betapa pemalunya orang kita. Kadang-kadang tu dari atok membawa ke cucu semuanya pemalu belaka. Almaklum ler keluarga pemalu kan. Jadi kena diwariskan ke generasi akan datang.
- entry ini tidak melibatkan sesiapa samada yang hidup atau pun yang sudah tiada. Jika ada mungkin ianya berlaku secara kebetulan.
No comments:
Post a Comment