Kisah Silam Itu

Pernah dulu dia dipukul kerana menyakat adiknya
Pernah dulu dia dipukul kerana suka bermain disungai
Pernah dulu dia dipukul kerana menipu
Pernah dulu dia dipukul kerana tidak menyiapkan kerja sekolah
Pernah dulu dia dipukul kerana ponteng sekolah
Pernah dulu dia dipukul kerana bermacam kesalahan

Pernah dulu dia berasa tertekan kerana dipukul
Pernah dulu dia marah dengan orang yang memukulnya
Pernah dulu dia memberontak dengan kehidupannya
Pernah dulu dia menangis semahunya
Pernah dulu dia berdendam sekesumatnya

Kini dia sedar akan kisah silamnya
Kisah silam yang membentuk diri menjadi manusia
Kisah silam yang mengajar erti dewasa
Kisah silam yang mematangkan pemikirannya
Kisah silam yang akan disimpan sebagai memori yang terindah dalam hidupnya

Kini dia besyukur dipukul kerana menyakat adiknya
Kini dia bersyukur dipukul kerana suka bermain disungai
Kini dia bersyukur dipukul kerana menipu
Kini dia bersyukur dipukul kerana tidak menyiapkan kerja sekolah
Kini dia bersyukur dipukul kerana ponteng sekolah
Kini dia bersyukur dipukul kerana bermacam kesalahan

Kini orang yang memukulnya dijadikan model
Model yang akan dijadikan contoh untuk dia melalui liku hidup
Agar kelak dia akan selamat dunia dan akhirat
Kerana kini dia sedar kisah silam itu
Mencorak kejayaan hidupnya


2 comments:

langkah kaki.. said...

nice word...
sejarah itu mengajarkan utk jadik matang..:)

Al Fateh said...

tq gg