apa ada dengan tragedi oktober
takziah kepada keluarga mangsa kemalangan bas ekspress Delima semalam...satu tragedi oktober yang sungguh menyedihkan dan sungguh dahsyat...bila melihat kepingan gambar yang dikongsi seorang teman laman sosial muka buku, urgh "ngeri tak hengat"...kemalangan bas ekspress di malaysia ini bukanlah satu cerita baru kerana banyak nyawa yang telah melayang akibat kemalangan bas ekspress yang kebanyakannya berpunca daripada sikap cuai pemandu...bila terbaca cerita-cerita ini di akhbar secara automatiknya membuak rasa panas didalam hati...tapi bila difikirkan kembali siapalah kita untuk mempersoalkan ketentuan takdir...mungkin kita boleh mempersoalkan attitude para pemandu di malaysia tapi harus di ingat segala yang berlaku tetap akan berlaku dengan kehendak-NYA...segala usaha semua pihak untuk membendung kejadian-kejadian seperti ini berlaku haruslah dipuji namun segala ketentuan takdir harus diterima dengan hati yang terbuka...ini bukan menghalalkan para pemandu untuk sewenang-wenang memBABI buta di jalanraya kerana yang bersalah tetap akan dihukum...tulisan ini hanyalah apa yang terlintas difikiran saat ini dan bukan cuba memihak kepada sesiapa...sekali lagi takziah kepada keluarga mangsa...semoga kejadian ini menjadi ikhtibar kepada semua dan semoga mangsa yang cedera beransur pulih...AL FATIHAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
aku baru lepas bus tu setengah jam sebelum..huhu
semoga kita dijauhkn dari tragedi spt ini...AMin..
Post a Comment