Salam sahabat sekalian. Seperti yang semua sedia maklum Kelantan telah pun dinobatkan sebagai juara baru Piala Malaysia 2010. Taniah diucapkan kepada skuad The Red Worrior atas kejayaan membawa pulang piala keramat ke bumi Darul Naim. Taniah juga diucapkan kepada skuad Jang kerana mempersembahkan permainan yang menarik dan cantik. Sedar atau tidak Negeri Sembilan dan Kelantan kini muncul sebagai kuasa baru bola sepak Malaysia. ok tutup cerita pasal bola. Ekceli kat sini aku nak cerita moment-moment( boleh ker bahasa omputeh ni dijadikan kate gandaan? ) menarik di Bukit Jalil pada hari Sabtu lepas. Aku masuk stadium kira-kira jam 8 malam. Keadaan sesak tak hengat sampai susah nak mencari port nak duduk. Suasana dalam stadium seperti biasa haruk pikuk dengan suara 85 000 penonton+FRU dan Polis yang penuh sesak dalam stadium. Perang sorak antara penyokong Kelantan dan Negeri Sembilan boleh bikin tebalik stadium Bukit Jalil. Cuma yang menjadi menarik bila penyokong Kelantan dan Negeri Sembilan bersama-sama bikin Mexican Wave sebanyak 5 round diikuti dengan lagu negaraku yang dinyanyikan bersama-sama. Masa tu terasa 85 000 umat kat dalam stadium tu bersatu hati dan menyokong bola sepak tempatan. Oh terlalu respect aku dengan suasana ketika itu. Aku pun malas nak menaip panjang-panjang sebab kompem-kompem korang malas nak baca. So aku letak jer point-point yang menarik ( bagi aku ) masa disana
- penyokong kelantan dan negeri sembilan enjoy dalam keadaan yang terkawal walaupun ada segelintir penyokong kelantan dan negeri sembilan yang 'bega' dan bengap masih membakar mercun dalam stadium.
-ramai antara penyokong kedua-dua pasukan mengambil gambar bersama tanda kenangan.
-respect pada penyokong kelantan yang beramai-ramai menunaikan solat berjemaah diperkarangan stadium sebelum sepak mula.
-masih ada orang-orang bodoh dari negeri sembilan dan kelantan yang diajar buang botol-botol air atas kepala orang lain.
-sangat kelakar+kechewe dihujung permainan bila ramai-ramai penyokong kelantan menjerit 'HOBIN JANG HOBIN' sambil mengiringi para penyokong negeri sembilan yang bermuke smemeh keluar stadium.
-Pasukan keselamatan terlalu tegas sehingga payah para penyokong untuk parking kereta.
apa pun bagi para penyokong kedua pasukan yang beradab anda memang sporting dan bagi yang biadap lu orang memang najis macam taik kucing. Sekali lagi taniah kepada 'SEK KITO'. apepon nismilan tetap cempiyen dihati. HOBEN JANG HOBEN. Harap-harap tahun hadapan final Piala Malaysia milik Kelantan dan Negeri Sembilan sekali lagi.
No comments:
Post a Comment