Jiwe kacau

Di saat jari ini menzahirkan segala di kepala, jiwa yang kosong bagaikan tiada isi yang sudi untuk memenuhi segala ruang yang ada, ku zahirkan segala yang terlintas agar segala kekusutan nyah dari jiwa. 96jam yang diluangkan bersama terasa amat pantas berlalu sehingga tak terubat rindu yang acap kali meruntun jiwa yang agak rapuh akhir-akhir ini. 96jam kita bersama, 96jam kita tertawa, 96jam kita bercerita, 96jam kita berkongsi saat bahagia, namun tidak cukup bagi diri yang selalu terkenang detik manis bersama. Namun aku tetap bersyukur kerana aku diberi kesempatan untuk bersama-sama merasai detik manis walaupun hanya selama 96jam. Aku tumpang gembira kalian menggenggam kejayaan. Aku berasa bahagia berkongsi detik kejayaan kalian. Kejayaan kalian akan aku jadikan azimat untuk maju kehadapan. Semoga saat aku menggenggam kejayaan dapat ku kongsi bersama kalian seperti mana yang kalian kongsikan bersamaku. Ku hamparkan jutaan terima kasih atas segala sokongan dan dorongan yang kalian berikan padaku tempoh hari.

3 comments:

Shepha said...

terima kasih ada di hari bersejarahku

MASNIEZA SHAHIDA MUSTAPAH said...

tq meraikan bersama2..nnt time ko insyallah kite kongsi bersama lghik..

melur natasha said...

yer teh..tengkiu dtg meraikan kitorg..jgn riso uh..turn ko nnt ramai2 turun punye...